Monday, December 19, 2011

kupu-kupu,
bebaslah kau berterbangan,
mencari ketenangan,
yang kau dambakan.....


kupu-kupu,
binalah sayap yang kukuh,
agar tidak lagi patah,
agar sayapmu gagah membawamu terbang 
mencari sesuatu yang kau impikan


kupu-kupu,
merintih di tempat orang,
menumpang kasih di dahan,
singgah sebentar kerana kepenatan


kupu-kupu,
terbanglah kau tinggi-tinggi,
mencari sesuatu yang kau impikan,
lupakan masa lalumu,
binalah kehidupan baru,
coretkan warna di sayapmu...........


KUPU-KUPU KU ;(